top of page

PAKEJ HAJI
EKONOMI PREMIUM

RM 54,900

RM 61,900

RM 68,900

RM 56,900

TRIPLE

QUINT

DOUBLE

QUAD

makkah
madinah
aziziyah

MADINAH

MAKKAH

ELAF AL MASHAER @ SETARAF

star

AL AQEEQ MADINAH @ SETARAF

star

AZIZIYAH

AL EHSAN TOWER @ SETARAF

star

80 Meter Ke Dataran Masjid

420 Meter Ke Kompleks Jamarat

400 Meter Ke Dataran Masjid

PENGENALAN

Pakej Ekonomi Premium adalah pilihan ideal bagi Jemaah Haji (JH) yang mementingkan keselesaan dengan harga yang mampu milik. Pakej ini menyediakan penginapan berkualiti dan kemudahan yang baik sepanjang tempoh haji. Fokus utama pakej ini adalah keselesaan JH, dengan hotel yang dipilih dilengkapi fasiliti terbaik untuk menyokong ibadah JH di Tanah Suci.

PENDAFTARAN

  1. Menerima, baca dan fahami brosur dan polisi terma syarat tawaran perkhidmatan Pakej Haji Busyra, PHB.

  2. Mengisi Borang Pendaftaran Pakej Haji Busyra, PHB.

  3. Mengisi Borang Pengesahan Penerimaan tawaran perkhidmatan Pakej Haji Busyra, PHB.

  4. Menandatangani dan cap jari pada borang-borang yang telah lengkap diisi.

  5. Membuat pembayaran deposit ke akaun Syarikat Busyra Holidays Sdn Bhd sahaja.

DEPOSIT

Deposit merupakan sejumlah wang pendahuluan daripada BH kepada Busyra Holidays yang perlu dijelaskan sebagai tanda persetujuan memilih pakej Busyra Holidays. Sebelum membuat bayaran deposit, BH perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 

  • Pemohon hendaklah berdaftar dengan Tabung Haji (TH) dan mempunyai wang dalam akaun TH minimum sebanyak *RM 33,300 atau amaun terkini yang telah ditetapkan oleh TH.

  • Bayaran deposit sebanyak RM 1,000 seorang perlu dijelaskan setelah mendapat pengesahan tawaran daripada TH. Bayaran sebanyak RM 9,000 perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran deposit. Bayaran sebanyak 50% daripada harga pakej perlu dijelaskan dalam tempoh 21 hari selepas pembayaran kedua. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan dalam selewatnya sebelum 15 Syawal 1446H.

 

Nota: *Nilai bayaran tertakluk kepada perubahan semasa

HARGA PAKEJ HAJI BUSYRA

Harga Pakej Haji Busyra adalah termasuk Bayaran Haji PJH 1446H/2025 sebanyak RM19,786 yang akan didebitkan dari akaun TH Jemaah Haji PJH. Walau bagaimanapun, TH berhak untuk mengenakan caj tambahan jika berlaku tambahan kos baharu oleh pihak berautoriti Kerajaan Arab Saudi.

 

Harga yang dipamerkan adalah tertakluk kepada perubahan semasa pihak Tabung Haji, penerbangan yang bakal dijadualkan, hotel-hotel yang terlibat, kekosongan bilik-bilik hotel, kadar mata wang semasa, dan lain-lain. Sebarang perubahan yang berlaku akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

 

Sekiranya pakej pilihan utama Bakal Haji tiada kekosongan pada masa tempahan Pakej Haji Busyra, PHB disahkan atau tidak cukup regu di akhir penyusunan bilik, Bakal Haji hendaklah bersetuju untuk menerima Pakej Pilihan Alternatif yang setaraf.

BAYARAN HAJI

Bayaran haji merujuk kepada pengurusan kelolaan TH seperti senarai di bawah:

​

  • Visa Haji

  • Tiket penerbangan termasuk cukai lapangan terbang (kecuali penerbangan komersial)

  • Pengurusan bagasi di Kompleks Tabung Haji Sepang. Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Jeddah dan Lapangan Terbang Madinah.

  • Pengurusan jemaah di lapangan terbang.

  • Pengangkutan (Kelolaan Muassasah Asia Tenggara)

  • Khemah di Masyair (Mina dan Arafah)

PENERBANGAN

Jenis Penerbangan

Semua jemaah Haji akan diberikan penerbangan ekonomi dibawah kelolaan Tabung Haji. Terdapat 2 jenis penerbangan yang digunakan pada musim haji:

  1. Penerbangan khas (carter flight) yang disebut sebagai Kapal Terbang Tabung Haji (KT)

  2. Penerbangan komersial (SW).

 

Bagi penerbangan komersial, tambahan bayaran akan dikenakan dan jumlah bayaran bergantung kepada harga semasa penerbangan komersial tersebut.

 

Semua penerbangan adalah ditetapkan oleh Tabung Haji atau perlu mendapatkan kelulusan daripada Tabung Haji.

 

Jenis Kelas Tempat Duduk (Seat)

Terdapat 2 jenis kelas tempat duduk di dalam pesawat iaitu:

  • Kelas ekonomi (EY)

  • Kelas perniagaan (BC)

 

Semua jemaah akan diberikan tempat duduk kelas ekonomi dan diberikan secara rawak mengikut keluarga. Jemaah Haji yang menaiki penerbangan komersial sahaja dibenarkan untuk menaik taraf tempat duduk daripada kelas ekonomi kepada kelas perniagaan.

 

Jadual Penerbangan Haji

Jadual penerbangan haji akan dicadangkan oleh pihak Busyra dan tertakluk kepada kelulusan Tabung Haji. Tempoh hari jemaah Haji akan berada di tanah suci juga akan ditetapkan oleh Tabung Haji.

 

Jadual penerbangan haji yang sebenar akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada Tabung Haji.

 

Bakal jemaah haji dianggap tidak berada di bawah perkhidmatan Pakej Haji Busyra sekiranya:

  • ingin ke Madinah lebih awal atau lewat

  • Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Ini kerana akan melibatkan bayaran tambahan pengangkutan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.

  • Tidak mematuhi terma dan syarat syarikat

TEMPOH PAKEJ

  •  40 - 45 Hari

Jika tempoh durasi Pakej Melebihi dari dalam brosur / polisi PHB, (disebabkan jadual penerbangan lebih awal atau dilewatkan oleh TH), maka terdapat caj tambahan yang hari berikutnya dengan kadar yang telah dipersetujui.

PROGRAM

Program ziarah adalah aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai pengisian yang bermanfaat seperti tempat-tempat yang mempunyai kaitan sirah. Berikut adalah senarai lokasi ziarah yang terdapat di dalam pakej:

Ziarah Mekah

  1. Ziarah sekitar Masjidil Al Haram

  • Ibrah Jabal Abu Qubais & Qai’naqaan

  • Rumah Abu Bakar As Sidiq

  • Ibrah Kaabah, Ibrah Telaga Zam-zam & Sejarah kota Mekah

  • Rumah Kelahiran Rasulullah SAW

  • Masjid Jin, Masjid Sajarah, Perkuburan Ma'la

 

  2. Ziarah Ja’ranah

  • Jabal Thur

  • Jabal Rahmah

  • Kawasan Pelaksanaan Ibadah Haji (Arafah, Muzdhalifah, Mina, Jamrah)

  • Tempat Sembelihan Nabi Ismail

 

  3. Ziarah Taif (TBA)

  • Masjid Abdullah bin Abbas

  • Masjid Kuk

  • Masjid dan kebun Addas

  • Kilang rose

 

Ziarah Madinah

  1. Ziarah sekitar Masjid Nabawi

  • Raudhah (tertakluk pada kelulusan permit muasasah)

  • Saqifah Bani Saadah

  • Masjid Sahabat

  • Masjid Qhamamah

 

  2. Ziarah Luar Madinah

  • Masjid Quba (Berwudhuk di hotel)

  • Ladang Kurma

  • Jabal Uhud

  • Jabal Rummah

  • Masjid Qiblatain

  • Masjid Tujuh


  3. Ziarah Masjid Quba'

PEMBATALAN

Bakal Haji yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran Perkhidmatan Pakej Haji Busyra, PHB tidak dibenarkan untuk menarik diri ATAU menyertai pakej PJH yang lain ATAU Pakej TH Muassasah.

 

Jika Bakal Haji membuat pembatalan atau penundaan pemergian Haji, kadar denda yang dikenakan kepada bakal Haji adalah seperti yang dinyatakan di dalam borang PENGESAHAN TERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI 1446H/2025M.

bottom of page