top of page
busyra
busyra

INFO BUSYRA

BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD telah didaftarkan pada 18 Jun 2013 dengan No. Pendaftaran Syarikat 1050387-P. Syarikat mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan saujana potensi syarikat ini. Syarikat kami menjalankan urusniaga menyediakan perkhidmatan umrah, tiket, pakej percutian dan Muslim Tour. 

Abdul Rahim Ibrahim
Siti Zaharah Othman

Pengarah Urusan

Siti Zaharah binti Othman

Abdul Rahim bin Ibrahim

Pengarah Urusan

busyra
busyra

OBJEKTIF

SYARIKAT

Cabaran di dalam perniagaan ini agak getir namun BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD akan kekal fokus untuk terus berada di dalam persaingan di pasaran. Apa yang menjadi objektif syarikat adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan tidak sama sekali hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.


BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD disokong kuat oleh tenaga-tenaga mahir yang mempunyai pengalaman dalam melakukan kerja-kerja berkaitan. BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD juga beriltizam tidak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani “survival” sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi “trend setter” di dalam bidangnya. Untuk menuju ke arah demikian, BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD sentiasa akan berada di dalam mod produktif dan dinamik. Budaya kerja di dalam syarikat ini adalah tidak hanya berpuas hati pada “zon selesa”. Kami di BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD akan sentiasa mencabar potensi syarikat untuk terus merintis kejayaan demi kejayaan

busyra
busyra

VISI MISI

  • Memfokuskan sektor umrah sebagai teras utama perniagaan sambil memperkenalkan pakej pelancongan Muslim yang inovatif dan relevan.

  • Menjalin kerjasama strategik dengan pihak domestik dan antarabangsa untuk meningkatkan nilai perkhidmatan kepada pelanggan.

  • Mengutamakan kualiti, keselesaan, dan kepuasan pelanggan dengan menawarkan pengalaman pelancongan yang terbaik melalui tenaga kerja yang terlatih serta penggunaan teknologi terkini.

  • Menjadi rakan perjalanan yang amanah, menyediakan perkhidmatan dengan penuh kejujuran dan dedikasi terhadap komuniti.

Menjadi syarikat pelancongan yang terkemuka dan dipercayai di Malaysia, yang dikenali dengan kecemerlangan perkhidmatan, keunikan produk, serta nilai-nilai integriti dalam memenuhi keperluan pelanggan Muslim secara holistik.

MISI

VISI

GALERI KORPORAT

bottom of page